«

»

Ogo 17

Nuzul Quran dan Selamat Datang Muhammad Qayyim!

Setelah lebih 7 bulan tak update, inilah post yang ke-2…

17 Ramadhan adalah hari peringatan Nuzul Al-Quran pada 610M (juga peristiwa Perang Badar pada 2H). Nuzul bermaksud turun, iaitu penurunan 5 ayat pertama dari Surah Al-Alaq dimulai dengan Iqra’ (Bacalah). Untuk maklumat lanjut, rajin-rajinlah meng’google’.

Pada 10.00 pagi, 17 Ramadhan 1432H bersamaan 17 Ogos 2011M, selamat datang ke dunia ditujukan kepada puteraku yang sulong yang diberi nama Muhammad Qayyim ( محمد قيم ).

Muhammad adalah sempena nama Rasulullah kita iaitu Nabi Muhammad.
Qayyim bermaksud penjaga/ketua, yang lurus, yang bernilai, juga sempena nama Ibnu Qayyim dan al-Quran.

Isteriku Siti Marsita yang aku ambik dari Kulai ke Muar kononnya nak pegi interview sah jawatan guru pada hari tersebut, bertukar menjadi interview dengan doktor dan bakal anak sendiri. Setiap kejadian ada hikmahnya.

Bertambah sorang lagi untuk memeriahkan Hari Lebaran yang bakal tiba…